Hai semua! Yaaaa selamat datang ke blog saya. Alaaa mehh sini saya perkenalkan diri. Nama saya Ellica Chisda Anak Jahali, anak jati Sarawak dan berbangsa Bidayuh atau dikenali sebagai Dayak. Pada blog saya kali ini, saya akan menerangkan upacara Hari Gawai untuk kaum Bidayuh.
💓💓
Mula-mula saya akan menerangkan apa itu Hari Gawai. Wow pasti korang teruja kan? Tara tara tara ooo...tara tara tara ooo...tara tara tara ooo.🎇
Demikianlah antara sebutan yang popular dalam kalangan kaum Bidayuh setiap kali sambutan Hari Gawai atau "Ondu Gawea" pada 1 Jun setiap tahun.🎆
Asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih berbentuk keagamann bagi Kaum Dayak yang merangkumi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. 🎊
Sambutan secara besar-besaran itu adalah sebagai tanda berterima kasih kepada 'Petara' (Tuhan) setiap kali selepas musim menuai padi berakhir dan sebelum emulakan penanaman padi untuk musim seterusnya.🎈
Selain itu, perayaan Hari Gawai sebenarnya tidak terhad pada 1 Jun semata-mata malah disambut dalam pelbagai cara serta berbeza-beza mengikut suku kaum serta etnik mengikut bahagian dan daerah tempat masing-masing.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sebulan sebeum gawai, ada sudah persediaan dilakukan iaitu dengan menyediakan air tapai dikenali sebagai 'tuak' terutamanya oleh penggemar minuman tradisional itu. Dari segi makana pula, ayam pansuh yang dimasak dalam buluh dan lemang pulut sudah pasti menjadi menu utama untuk hidangan kepada tetamu.😍
Secara umumnya, komuniti Bidayuh terdiri daripada tiga kumpulan besar iaitu Singai-Jagoi (Daerah Bau), Biatah (Daerah Padawan/Siburan) dan Bukar-Sadong (Daerah Serian).🌸
Sebagai anak jati Bidayuh yang berasal dari Daerah Bau, saya rasa bersyukur kerana masih berpeluang melihat sendiri sambutan "Gawea Sowa Bauh" iaitu gawai tahunan yang masih lagi disambut di kawasan tempat tinggal saya.🌹
![]() |
| Makanan wajib iaitu Ayam Pansuh |
![]() |
| Air tapai atau 'tuak' |
Antara sambutan gawai yang masih diraikan oleh masyarakat Bidayuh Bau ialah seperti Gawea Oran, Gawea Podi/Umoh, Gawea Tubi Bauh dan Gawea Sowa Bau.🍭
![]() |
| Rumah Adat Kaum Bidayuh |
Terdapat upacara pemujaan bagi mendapat kebenaran roh-roh tertentu supaya tidak memudaratkan kawasan tanah dan altar dibina serta bahan penawaran diletakkan sebagai persembahan di tepi jalan utama kampung.🍒
Bagi kampung-kampung yang masih kekal dan mempunyai tradisi adat resam lama, ahli keluarga dan sahabat handai yang sudah beragama pasti akan bertandang ke kampung bagi melihat sendiri bagaiman adat nenek moyang mereka dilakukan dengan penuh ritual dan adat istiadat.🐓
![]() |
| Pakaian tradisional orang Bidayuh |
Jadi terpulangnya kepada generasi Y masa kini untuk menyelami, mendalami dan memulihara keunikan warisan kebudayaan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.🍻
Sekian sahaja untuk kali ini. Berjumpa lagi pada blog yang akan datang.
💜💜




Wooo!!! 😍😍😍
ReplyDeletenice blog!
ReplyDelete